Rabu, 24 Mac 2010

Yahoo Mesengger Kena Blog?Gunakan Altenatif Lain..

Di sesetengah tempat (terutamanya di pejabat kerajaan), Yahoo Messenger di-block daripada digunakan. Ini menyebabkan klien multi-IM berdasarkan desktop seperti Miranda IM dan Digsby juga turut dihalang daripada log in ke dalam akaun Yahoo Messenger.
Dalam keadaan seperti inilah saya akan menggunakan klien multi-IM yang berdasarkan web, kerana ia dapat log-in ke dalam apa-apa jenis IM tanpa sebarang masalah. Ia juga mudah diakses dan tidak memerlukan sebarang proses install. Klien multi-IM berdasarkan web ini termasuklah imo.im, Meebo, dan eBuddy:



  1. Antaramuka yang sangat ringkas dan kemas.
  2. Fungsi link accounts untuk mengingat kesemua akaun IM anda, tanpa perlu register apa-apa akaun lain di imo.im.
  3. Mempunyai fungsi untuk menghantar fail, video chat, serta chat.
  4. IM yang disokong termasuklah MSN, Yahoo, ICQ, Google Talk, MySpace, Skype, dan Facebook.
  5. imo.im juga mempunyai klien desktop yang boleh anda download sekiranya anda tidak mahu menggunakan browser.


  1. Antaramuka yang sedikit lambat.
  2. Mempunyai fungsi group chat.
  3. Boleh mengingati kesemua akaun IM anda, namun anda harus mempunyai satu akaun Meebo terlebih dahulu.
  4. Boleh menyimpan log perbualan anda serta boleh menghantar fail. Memerlukan akaun Meebo.
  5. Segala perubahan pada Settings juga memerlukan anda mendaftar akaun Meebo terlebih dahulu.
  6. IM yang disokong termasuklah MSN, Yahoo, ICQ, Google Talk, MySpace, Skype, Facebook, dan banyak lagi.
  7. Meebo menyediakan pelbagai fungsi dan aplikasi yang lain, namun saya fikir ianya terlalu banyak (dan agak berat) untuk keperluan saya.


  1. Antaramuka yang agak berat dan lambat.
  2. Tetingkap perbualan adalah disusun secara tab, dan bukan secara tiles seperti imo.im dan Meebo.
  3. Boleh mengingati kesemua akaun IM anda, namun anda harus mempunyai satu akaun eBuddy terlebih dahulu.
  4. Mempunyai fungsi video chat (memerlukan akaun eBuddy) dan group chat.
  5. IM yang disokong termasuklah MSN, Yahoo, ICQ, Google Talk, MySpace, Skype, dan Facebook.
  6. Apabila anda menggunakan eBuddy, rakan-rakan anda akan melihat ikon eBuddy sebagai avatar anda.
  7. Meskipun fungsi eBuddy lebih terhad berbanding Meebo, namun ianya lebih berat dan lambat untuk digunakan.
Daripada tiga servis di atas, saya paling menyukai imo.im kerana ia sangat ringkas, pantas, dan mudah digunakan. Sesuai sebagai pengganti sementara bagi klien IM saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan