Ahad, 17 Oktober 2010

PUDING KARAMEL


BAHAN-BAHAN:
6 Keping Roti dibuang tepinya.
1tin( 354ml) susu sejat.
4 biji telor ayam saiz sederhana
2/3 cawan gula.
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan air.

CARA MEMBUATNYA:
1-Rendam roti di dalam air suam dan tos kan.
2-Pukul telur bersama dengan gula sehingga kembang. Campurkan esen vanila ,susu sejat dan air.
3-Setelah sebati semuanya, masukkan roti yang telah direndam tadi dan pukul sehingga sebati( pukul lama skit 5-10 minute speed 4-6, Ini akan buatkan adunan smooth setelah sejuk).
4-Ambil loyang atau sebarang bekas yang sesuai( bekas nie nak digunakan untuk terus mengukus), Masukan 10 sudu besar gula dan masak bersama api yang sederhana sehingga gula tersebut agak hangus atau sedikit kehitaman.Biar sejuk seketika. Kemudian, tuangkan bahan yang telah dipukul tadi kedalam loyang tersebut.
5-Tutup bekas dengan foil,untuk elak dari air kukusan jatuh kedalam adunan. Akhir sekali, kukus bahan tersebut selama 45-55minute. Sejukkan dalam petiais( kena sejuk betul baru boleh diterbalikkan, kalau terbalik masa panas adunan akan pecah),
6-Bila nak dihidangkan, ambil pisau lorekan tepinya supaya berpisah puding dan dinding bekas puding... terbalikkan puding tersebut, Gunakan bekas yg besar sedikit, sebab dia akan sedikit berkuah( dari gula hangus tadi)..

KUAH ROJAK BUAH

Bahan
15 biji cili api tumbuk
1/2 cawan air asam jawa
1 s/b belacan
1 s/b petis udang
1 cawan kicap lemak biasa
3 s/b gula

1 s/b bijan goreng tanpa minyak
1/2 cawan kacang tanah, digoreng dan dtumbuk kasar

Cara:
1. Mesinkan csemua bahan.
2. Masakkan sebentar.
3. Bila telah sejuk masukkan kacang tanah tumbuk dan bijan.

Air Asam

Bahan - bahanCili padi - dikisar
Lada kering - dikisar
tomato - dipotong dadu
Limau nipis - ambil jusnya
daun kesum - di hiris halus
bijan - di goreng (kalau tak nak pun tak apa)
air asam jawa
belacan
sos tomato
garam - secukup rasa
gula - secukup rasa
Bawang goreng

Caranya:
Campurkan kesemua bahan tadi.suaikan rasanya.Jangan terlalu cair nanti tak best.
Enak dimakan dengan ayam bakar ,daging bakar,ikan bakar dan yang seangkatan dengannya.

KERABU TOMATO



Bahan
Tomato
Kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
Bawang Besar
Cili Merah/Hijau - hiris nipis
Garam secukup rasa

Cara
Potong tomato dan bawang besar - bentuk bulat
Masukkan semua bahan yang lain dan gaul rata. Ikut rasa masing2 sama ada nak tambah gula atau tidak.

KEK COKLAT BASAH



Bahan 
180 gm butter 
250 gm gula kastor 
3 biji telur 
300 gm air 
250 gm tepung gandum ] 
50 gm serbuk coklat ] 
1 s/k baking powder ] ayakkan 
1 s/k soda bikarbonate ] 

Cara: 
1. Gula dan butter dipukul sehingga kembang dan gebu. 
2. Masukkan telur satu persatu. 
3. Masukkan tepung gandum dan kahirnya masukkan air pula. 
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 180'C selama 50 -60 minit. 

Topping Coklat 
250 gm cooking coklat 
30 gm cocoa butter 

Cara 
1. Masukan bahan dlam periuk kecil. 
2. Panaskan periuk kecil dalam periuk/pan yg lebih besar yg berisi air dan sentiasa kacau supaya coklat larut. 
3. Sejukkan sebentar supaya coklat agak pekat. 
4. Curahkan perlahan atas kek cokalt dan ratakan dengan spatula kek dan gunakan sikat kek untuk membuat corak. 
5. Hiaskan topping mengikut kredibiti sendiri. 

AISKRIM OREO

Bahan - bahan 
2 1/2 cup     - Susu HL Milk perisa coklat
2  1/2 cup     - Nestle coffemate creamer powder
1paket kecik - Biskut Oreo


Cara - cara
1. Masukkan susu coklat HL milk dan coffemate  ke dlm blender dan blend sehingga 5minit.
2. Masukkan 2-3 keping biskut oreo (dgn krimnye sekali) dan blend lg hingga sebati.
3. Patah2kan biskut oreo ngn membuang krimnye dan taburkn ke atas aiskrim sbg hiasan
4. Masukkan dlm peti ais sejuk beku 8jam @ semalaman. 


Selamat mencuba

KAD KAHWIN KAWANKU...




8P Amalan Bina Rumahtangga Bahagia


1. PUJI
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
 

2. PELUK
Hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana kalau kita selalu peluk boleh memanjangkan jangka hayat pasangan. Buat jangan tak buat.
 

3. PENGHARGAAN
Di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
 

4. PERHATIAN
Yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa terabai.
 

5. PERSEFAHAMAN
Sebagai manusia yang berkerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
 

6. PERGAULAN
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkan nya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
 

7. PERCUTIAN
Di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
 

8. PERMOHONAN
DOA kepada ALLAH supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
 

Syarat Untuk Bahagia

Untuk bertemu dengan orang yang tepat, kamu harus memainkan peranan yang penting juga. Ini kerana sedikit sebanyak sikap kamu mempengaruhi hubungan yang dijalin. Jadi berikut adalah empat syarat penting yang harus ada dalam diri kamu andai ingin cinta berakhir bahagia….





1. Cintailah Diri Sendiri Sebelum Kamu Mencintai Orang Lain
Kebanyakan dari kamu apabila bercinta sanggup mengetepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar kekasih. Inilah kesilapan paling besar. Andai kamu sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri kamu. Jadi pastikan kamu sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kamu ingin menyayangi orang lain.
2. Punya Pendirian Yang Tetap
Seorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang di sayanginya. Inilah yang terbaik kerana apabila kamu tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang mempermainkan hati kamu.
3. Bahagikan Hidup kamu Dengan Hal-hal Yang Lain
Paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu akan di habiskan untuk si dia sahaja. Segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan demi untuk memberi perhatian pada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibina terputus di tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik dan teratur.
4. Berkorban Biarlah Berpada-Pada
Ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang disayangi bahagia. Tidak salah untuk berkorban namun berpada-padalah. Jangan terlalu meletakkan diri kamu serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri merana semata-mata mahu menggembirakan orang lain. Hidup ini dalam hal apa pun perlu seimbang. Sekiranya si dia ingin gembira maka kamu juga ada hak untuk rasa sebegitu rupa.

KOLEKSI DALAM KARUNG GUNI...

karung guni

 karung syiling

duit jajan

kunci opis

pelembab mata

nset 2(samsunghitam/sonyericsonmerah)...kamera nikonhitam...
gincu,airliner avon, minyak wangi hugo boss n losyen tgn cosway(pink)
yg selebih 2 xde hiasan semata2...hehe...

bedak kopak 

DAH LAMA X UPDATE MY DIARIKU...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

SENYUM 2 SEDEKAH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

SELAMAT BERCUTI


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

ALLAH SELALU BERSAMA KITA...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

kesayanganku sekarang....(^_^)

UV WHITENING TWO WAY CAKE SPF15
Formula 2 way whitening 
gabungan bedak + alas bedak = kulit cerah & gebu










~murah dan berkualiti
~tidak mengeringkan kulit
~make up anda tahan lama
~tidak perlu guna foundatian
~tidak bercapuk bila muka berpeluh

 PILIHAN WARNA MENGIKUT KULIT ANDA.. Tropical Beige, Natural Beige, Ivory, Yellow Beige, Natural White, Golden Beige, Oriental Yellow, White Cream

Yang nie selalu jumpa kat kedai, warna len jarang2 ada
PIXY Tropical Beige sesuai utk kulit sawo matang/hitam manis
PIXY Natural Beige sesuai utk kulit sederhana cerah
PIXY Natural White sesuai untuk kulit putih (SAYE PAKAI YG NIE,WARNA KUNING LANGSAT)
PIXY Yellow Beige sesuai untuk kulit sederhana cerah (warnanya agak kekuningan)




SUNGAI BESAR, PASARAYA KASSIM KADER
PEK BESAR : RM18.90 (ADA CERMIN)
PEK REFILL : RM12.00
Bedak pixy ni 2 way compact powder.

Fungsi :

-kalo pakai span kering, jd compact powder biasa
-kalo pakai span basah, jadi mcm foundation..

tp so far pakai pakai span kering pun effect dh mcm foundation..

sedikit info pasal PIXY:
- 2 way cake ( foundation + bedak asas )
- with UV Whitening
- SPF 15
- Dermatollogically Tested


Bagaimana hendak memilih bedak asas??


1. kulit berminyak
- pilih warna yang lebih 'beige'. tapi klau yang berkulit gelap, pilihlah bedak asas yang bersesuaian dengan warna kulit agar muka anda tidak bersopak.
- disarankan menggunakan bedak asas yang bermotifkan 'two way cake' atau 'stick roll on'.

2. kulit kering
- bedak asas kuning kecoklatan atau 'creme'.
- Lebih elok menggunakan bedak asas yang berbentuk cecair kerana boleh menutup wajah yang kering agar lembab dan sekata.

3. kulit kombinasi dan kering
- pelbagai bedak asas boleh digunakan bergantung pada warna kulit yang dimiliki.
- bagi mereka yang berkulit cerah dan sawo matang, warna natural adalah sesuai.

4. kulit putih
- pilih warna bedak asas yang sedikit gelap daripada kulit.
- bagi bahagian kening pula, pilih warna coklat atau coklat gelap.
- jangan menggunakan celak mata berwarna hitam kerana menjadikan anda bertambah garang.

5. kulit gelap
- jangan memilih bedak asas yang terlalu terang atau gelap.
- pilihlah warna coklat atau coklat gelap.
- gunakan separah sahaja celak mata di bahgian bawah.
- untuk maskara pula, pilih yang sama dengan bulu kening

6. kulit sawa matang
- gunakan pembayang mata berwarna oren, coklat dan hitam. warna oren menjadikan mata lebih segar, hitam menjadikan mata yang sepet lebih menyerlah dan warna coklat juga.
- pilih warna coklat dan coklat gelap untuk ukiran kening pula.
- pasanglah bulu mata dibahagian tepi sahaja agar nampak nutural.