Ahad, 17 Oktober 2010

8P Amalan Bina Rumahtangga Bahagia


1. PUJI
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
 

2. PELUK
Hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana kalau kita selalu peluk boleh memanjangkan jangka hayat pasangan. Buat jangan tak buat.
 

3. PENGHARGAAN
Di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
 

4. PERHATIAN
Yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa terabai.
 

5. PERSEFAHAMAN
Sebagai manusia yang berkerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
 

6. PERGAULAN
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkan nya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
 

7. PERCUTIAN
Di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
 

8. PERMOHONAN
DOA kepada ALLAH supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan