Ahad, 28 Mac 2010

Bahaya Kasut Tumit Tinggi

Kenapa wanita di luar sana suka pakai kasut tinggi , risiko memakai kasut tinggi boleh menyebabkan kesakitan dan kecacatan kekal. Betul ke perempuan sanggup menahan sakit demi kecantikan?


FAKTA: Risiko kasut tumit tinggi

* Jejaskan peluang untuk dapat anak
* Punca rambut gugur
* Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
* Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
* Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid


Kasut @ Wanita

Apabila kerap memakai kasut tumit tinggi yang bermuncung tirus, jari-jari kaki akan merapat dan membentuk bonjolan.


DENGAN usia menginjak awal 50-an, keadaan jari kaki Salmah tidak seperti dahulu lagi. Bukan disebabkan oleh tubuhnya yang semakin berisi, sebaliknya perubahan bentuk fizikal pada jari kakinya.

Ibu jari kaki kanannya yang sebelum ini lurus kini mula merapat ke kanan sehingga menindih jari kedua. Ruang antara jari-jari kecil kaki pula semakin menyempit.

Di bahagian luar ibu jari kakinya pula, satu bonjolan keras seakan tulang terbentuk. Pada mulanya Salmah menganggap perubahan ini berlaku disebabkan faktor usia, namun bonjolan itu sering luka dan berterusan membengkak.

Sebenarnya, apa yang dialami Salmah bukan satu anomali perubatan malah ia kerap berlaku pada kebanyakan wanita lain.

Menurut Pakar Bedah Kaki dan Pergelangan Kaki, Dr. Khairul Faizi Mohammad, apa yang dihadapi Salmah adalah sejenis kecacatan yang dikenali sebagai Hallux valgus.

"Keadaan ini biasanya dikaitkan dengan tekanan terhadap bahagian sisi ibu jari kaki yang dipanggil bunion. Ia berisiko menjadi lebih serius bila bahagian sisi jari kaki bergeser dengan kasut.

"Apabila kerap memakai kasut tumit tinggi yang bermuncung tirus, jari-jari kaki akan merapat. Ditambah dengan bebanan yang perlu ditampung pada bahagian hadapan kaki apabila berdiri lama, tulang di bahagian itu berisiko untuk dibentuk mengikut acuan kasut.

"Lama-kelamaan ibu jari kaki akan merapat ke arah jari kecil dan berputar. Bunion pula akan bertambah besar dan mengeras.

"Seperti yang dialami Salmah, jari kecil akan saling merapat sehingga tiada ruang antara jari. Keadaan ini bukan sahaja menyakitkan malah bagi sesetengah orang, mereka mudah terkena serangan kulat air kerana kaki mereka sentiasa basah," katanya.

HALLUX VALGUS ialah satu kecacatan.


DR. KHAIRUL FAIZI

Selain pemakaian kasut tumit tinggi bermuncung tirus, faktor genetik dan memiliki tapak kaki yang rata juga membawa kepada kecacatan ini.

"Kecacatan ini boleh juga terjadi semasa kanak-kanak kerana 72 peratus keadaan ini boleh diwarisi daripada ibu.

"Tetapi kebanyakan kes bunion terjadi atas faktor pemakaian kasut bertumit tinggi dan sempit di hadapan," jelas Khairul.

Maka tidak hairanlah 90 peratus penghidap kecacatan ini adalah golongan wanita. Mula membentuk simptom pada usia akhir 30-an, keadaan akan bertambah serius sekiranya tidak dirawat.

Secara umum, kecacatan Hallux valgus terjadi dalam dua hingga empat peratus populasi sesebuah negara. Peratusan ini adalah sama untuk populasi yang memakai kasut dan berkaki ayam.

Walau bagaimanapun, peratusan ini meningkat kepada 48 peratus bagi mereka yang memakai kasut bertumit tinggi dan bermuncung kecil.

Bagaimana mengelak Hallux valgus?

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil pada peringkat awal untuk melambatkan proses kecacatan ini.

"Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi dan kasut yang bermuncung tirus. Bagi mereka yang berkaki leper atau tapak kaki rata, plantar orthosis yang melengkung perlu digunakan bagi memberi sokongan kepada kaki," ujar Khairul.

Seeloknya, kasut yang bermuncung lebar yang menyamai saiz sebenar hujung kaki perlu menjadi pilihan setiap kali anda membeli kasut.

Kasut yang diperbuat daripada kulit yang lembut pula memberi jaminan keselesaan kerana ia boleh dibesar dan dilebarkan berbanding kasut yang diperbuat daripada material lain.

"Bagi mereka yang mempunyai masalah Hallux valgus, satu perkara yang perlu diingat, elakkan kasut yang mempunyai kelim atau jahitan yang bila dipakai akan terkena bahagian bunion.

"Geseran ini bukan sahaja membengkakkan bonjolan malah melukakannya. Untuk mengurangkan bengkak, letakkan ais di kawasan tersebut," beritahu Khairul.

Hanya ada satu cara untuk menghilangkan Hallux valgus iaitu pembedahan. Terdapat 110 jenis pembedahan yang boleh dilakukan untuk mengembalikan kaki pada keadaan normal.

Namun, tidak ramai yang tampil untuk merawat kecacatan ini kerana pada anggapan mereka ia bukan sejenis penyakit kritikal dan mereka tidak akan mati kerananya.

Pagi yang cerah....lala...

sos nk wt spaghetti

 spaghetti yg dh direbus...

 
sos spaghetti yg dh siap leh r mkn yummy.....

Sabtu, 27 Mac 2010

Switch off lights for an hour!


        Saturday 27 March 2010      
8.30PM - 9.30PM
                        
What is Earth Hour?

• Earth Hour is a global WWF climate change initiative. Individuals, businesses, governments and communities are invited to switch off their lights for one hour on Saturday, 27th March 2010 at 8:30pm to show their support for action on climate change.

• Earth Hour is a symbolic event designed to engage people from all walks of life in the climate change discussion to send a strong message to our political leaders that we want them to take meaningful action on climate change.

• It is the largest climate event in history where millions of people around the world will unite by turning off their lights for one hour, Earth Hour, to demand action on the climate crisis.

When is Earth Hour?

Earth Hour 2010 takes place on Saturday, 27th March 2010 at 8:30 pm local time.

What does WWF hope to accomplish through Earth Hour?

• Through Earth Hour, WWF hopes to create political momentum for enacting national climate legislation and a global climate treaty.

• Through Earth Hour, WWF will continue to educate and raise awareness about the climate crisis and offer ideas and solutions that people can merge into their daily lives.

• Through Earth Hour, WWF aims to unify people’s voices from around the world who are demanding action form our elected officials to solve the climate crisis.
 
It was estimated that over 6 million Malaysians participated in Earth Hour 2009. WWF-Malaysia now urges all Malaysians to come together again during Earth Hour 2010 and show their support for the fight against climate change.
Please sign up at www.ehm.my and pledge to switch off non-essential lights during Earth Hour 2010.
 

Khamis, 25 Mac 2010

http://sembangkomputer.com/buka-folder-dan-drive-dengan-selamat-elakkan-virus/

backup gn ghost @ hiren

http://sembangkomputer.com/cara-cara-menggunakan-norton-ghost-untuk-backup-windows/

Windows Log On & Log Off Secara Automatik

Baru-baru ini seorang rakan saya di pejabat menghadapi masalah dengan laptopnya. Apabila dia cuba untuk log on ke dalam Windows XP, ia akan log off secara automatik. Saya cuba masuk ke dalam Safe Mode, namun masalah yang sama tetap berlaku.
Menurut satu artikel dari Microsoft, masalah ini berlaku kerana beberapa fail penting telah hilang dari Windows XP, dan nilai dalam registry juga telah diubah. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk memperbaiki masalah ini:

Membaiki Nilai Registry

Oleh kerana kita tak dapat masuk ke dalam Windows, kita akan menggunakan Offline NT Password & Registry Editor untuk membaiki nilai dalam registry.
  1. Boot komputer melalui CD/USB Offline Registry Editor dan pergi kepada nilai berikut:
    HKLM\Software\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon
  2. Perhatikan kedua-dua nilai ini:
    • Shell
    • Userinit
  3. Tukar nilai-nilai tersebut kepada:
    • Shell = explorer.exe
    • Userinit = x:\windows\system32\userinit.exe
  4. Jangan lupa untuk commit perubahan yang anda telah buat tadi.

Menggantikan Fail Yang Hilang

Dapatkan fail explorer.exe dan userinit.exe dari CD Windows XP, atau anda boleh copy terus dari komputer lain yang menggunakan Windows XP.

Bagi menggantikan fail yang hilang ini, anda boleh gunakan apa-apa Live CD/USB yang boleh mengakses hard disk anda, contohnya Slax, Ubuntu, ataupun BartPE. Fail explorer.exe dan userinit.exe juga hendaklah dimasukkan ke dalam CD atau USB drive.
  1. Boot komputer melalui Live CD/USB.
  2. Kenalpasti di mana partition WINDOWS anda berada, dan masukkan fail:
    • explorer.exe ke dalam folder WINDOWS
    • userinit.exe ke dalam folder WINDOWS/system32
Restart komputer anda, dan kini sepatutnya anda sudah boleh log in ke dalam Windows XP.

Regedit

Jika Windows akan memaparkan mesej “Registry editing has been disabled by your administrator” apabila anda cuba membuka regedit, ianya mungkin disebabkan oleh serangan virus.
Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh gunakan salah satu dari mana-mana langkah di bawah, samada dengan gpedit.msc ataupun third-party registry editor:

Menggunakan Group Policy Editor (gpedit.msc)

  1. Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group Policy Editor.
  2. Pergi ke User Configuration\Administrative Templates\System
  3. Double-click pada Prevent access to registry editing tools
  4. Tukarkan nilainya kepada Disabled

Mengunakan Third-Party Registry Editor

  1. Gunakan software yang boleh akses registry, selain dari regedit.
  2. Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System
  3. Cari DisableRegistryTools dan tukarkannya kepada 0

Rabu, 24 Mac 2010

DriverMax

Dalam proses install semula Windows, tugas yang paling melecehkan adalah install semula kesemua driver yang diperlukan. Anda harus klik satu-persatu pada CD Driver yang diberikan, dan proses ini akan memakan banyak masa lebih-lebih lagi jika terdapat banyak hardware pada komputer tersebut. Dan bagaimana pula jika anda tak ada CD Driver? Lagilah haru jadinya T_T



Adalah lebih baik jika anda backup dulu driver anda sebelum memulakan proses install semula Windows. Ini boleh dilakukan dengan DriverMax. Dengan DriverMax, anda boleh eksport kesemua driver anda dan simpan ia dalam bentuk fail. Setelah proses install Windows dijalankan, anda boleh import semula fail driver tersebut. Hanya dengan satu klik sahaja, semua driver anda akan siap terpasang dan segala hardware dalam komputer anda kini boleh digunakan.

DriverMax adalah percuma, tetapi ia memerlukan pendaftaran untuk mendapatkan nombor siri.

http://sembangkomputer.com/category/masalah-komputer/page/2/

Perisian Backup Percuma


Bagi membuat backup pada hard disk dan partition, antara software yang paling poular digunakan adalah Norton Ghost dan Acronis True Image. Walau bagaimanapun, kedua-dua software ini adalah berbayar. Terdapat juga software yang percuma dan open source iaitu PING, namun antaramuka PING adalah mengelirukan, ianya lebih sesuai untuk pengguna yang lebih berpengalaman.
Sebuah lagi software sepertinya yang kurang diketahui ramai adalah Macrium Reflect. Software yang telah dimiliki oleh Microsoft ini bukan sahaja mesra pengguna, malah ianya percuma. Antara fungsi-fungsi yang disediakan oleh Macrium Reflect adalah:

  1. Membuat backup pada hard disk atau partition dalam bentuk imej
  2. Restore semula fail imej yang telah dibuat menggunakan Macrium Reflect
  3. Melihat isi kandungan imej melalui Windows Explorer
  4. Membuat satu Recovery CD yang boleh digunakan untuk menjalankan Macrium Reflect, sekiranya PC tidak dapat dihidupkan
Berdasarkan ujian yang telah saya buat terhadap Macrium Reflect, kelajuannya membuat backup dan restore adalah sangat bertentangan. Proses backup berjalan dengan sangat pantas, jauh mengatasi Norton Ghost atau PING. Namun, proses restore pula adalah sangat perlahan – ternyata kurang sesuai digunakan sewaktu kecemasan.

Kesimpulan
Software bagi tujuan hard disk backup biasanya dimonopoli oleh Norton dan Acronis, dan kesemuanya mahal-mahal belaka. Software open source seperti PING pula agak sukar digunakan, dan kadang-kala tidak stabil. Macrium Reflect berjaya merapatkan jurang ini dengan menawarkan software yang mesra pengguna, cekap, dan yang percuma. Anda boleh mendapatkan software ini dalam laman web Macrium Reflect.

Boot Sequence


Boot sequence adalah satu susunan yang menentukan dari mana komputer anda harus membaca data, seterusnya memulakan sistem pengoperasian. Satu aturan boot sequence yang lazim digunakan adalah seperti ini:
  1. Hard Disk
  2. Disket
  3. CD-ROM
Berdasarkan senarai di atas, apabila komputer dihidupkan, ia akan melihat ke dalam hard disk terlebih dahulu. Sekiranya terdapat sistem pengoperasian dalam hard disk tersebut, ia akan dijalankan. Sekiranya tidak, komputer akan melihat pula ke dalam disket, kemudian ke dalam CD-ROM, dan seterusnya.


Jadi, jika anda ingin memasang sistem pengoperasian baru ke dalam komputer anda (install Windows XP atau Ubuntu misalnya), ataupun jika anda ingin menjalankan live CD, anda harus mengubah boot sequence yang pertama kepada CD-ROM.

Begitu juga jika anda ingin menjalankan sistem pengoperasian dari USB drive (Slax misalnya), boot sequence yang pertama haruslah ditetapkan kepada kepada USB.


Boot sequence boleh diubah melalui skrin BIOS. Untuk memasuki skrin BIOS, hidupkan komputer dan tekan F2 atau Delete (bergantung kepada komputer anda, lihat pada paparan yang muncul sewaktu komputer mula didhidupkan). Kemudian, cari menu yang berkaitan dengan boot sequence untuk mengubah aturannya.

Blog - blog Terbaik Tahun 2007

Performancing.com telah menyenaraikan pemenang-pemenang bagi Performancing Blog Awards 2007, iaitu anugerah yang diberikan kepada blog-blog terbaik sepanjang tahun lepas. Pilihan adalah dibuat berdasarkan undian pembaca dan juga editor.

Bagi saya sebagai pembaca blog yang baru, ini adalah peluang yang baik untuk mengenal blog-blog yang terkemuka. Jom, tambahkan senarai bookmark anda ^^

Antara blog-blog yang tersenarai:


Copyblogger: Pelajari bagaimana untuk menulis blog dengan lebih baik serta menghasilkan kandungan yang lebih  berkualiti.
Techcrunch: Berita terkini tentang dunia Internet. Merangkumi produk-produk terbaru serta syarikat-syarikat terkemuka.
ProBlogger: Dari blogger yang terkemuka, Darren Rowse, ProBlogger memberikan tips-tips untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.
MetaFilter: Sebuah blog yang berasaskan komuniti. Mengandungi segala macam pertanyaan serta perbincangan.
Study Hacks: Strategi untuk belajar secara lebih efektif.

Hantar Fail Bersaiz Besar


Anda masih menggunakan emel untuk menghantar fail? Kalau fail kecil-kecil je takpelah, tapi kalau fail yang bersaiz besar sehingga melebihi 10 MB, memang leceh jika menggunakan emel. Tambahan pula, emel biasanya menghadkan saiz fail yang boleh dihantar. Jadi, macam mana kalau anda nak hantar fail sebesar 100 MB? 1 GB?

File Sharing

Di sinilah anda gunakan perkhidmatan perkongsian fail (file sharing). Perkhidmatan seperti ini membolehkan anda menghantar fail yang bersaiz besar kepada kawan anda, melalui Internet. Berbeza dari emel, anda tidak perlu bersusah-payah login untuk menghantar fail. Di bawah saya sertakan beberapa perkhidmatan yang disediakan secara percuma:

Rapidshare. Had saiz bagi fail ialah 100 MB. Anda boleh upload atau download sebayak mana yang anda mahu. Fail akan dibuang dari server jika tidak digunakan selepas 90 hari.
YouSendIt. Had saiz bagi fail ialah 100 MB. Fail akan dibuang dari server selepas 7 hari, atau selepas di download sebanyak 100 kali. Anda boleh upload fail sehingga 1 GB sahaja dalam sebulan.
TransferBigFiles. Had saiz bagi fail ialah 2 GB. Fail akan dibuang dari server selepas 5 hari (30 hari jika anda gunakan Drop Zone). Walaubagaimanapun saya menghadapi sedikit masalah dalam menggunakan servis ini

Hantar Email Ke Masa Depan

Pernahkan anda terfikir untuk hantar emel ke masa depan? 100 tahun lagi, cucu-cicit anda boleh membuka emel yang anda tulis, mungkin mengandungi wasiat dan nasihat dari anda. Hehe, saya pun tak tahu apa yang saya boleh gunakan dengan perkhidmatan ini, yang pasti ianya unik.

Dengan MailFreezr, anda boleh menghantar emel serta menetapkan berapa lama emel itu akan dibekukan sebelum dihantar. Sayangnya, MailFreezr hanya menyediakan pilihan antara 1 hingga 100 tahun. Alangkah baik jika kita dapat memilih tarikh yang spesifik untuk menghantar emel tersebut.

Hantar Nota Pada Email Sendiri

Laman web Note2email membolehkan anda menghantar nota ringkas kepada mana-mana emel. Saya selalu menggunakan servis ini untuk menghantar nota kepada emel saya sendiri.


Ops, kenapa nak hantar emel kepada kepada diri sendiri pula ya? Ini kerana, kadang-kadang saya tidak membawa USB drive ke Cyber Cafe, jadi saya memasukkan apa-apa URL yang menarik ke dalam nota rigkas, dan menghantarnya kepada emel saya melaui Notes2email. Dengan ini, saya dapat menyimpan URL tadi agar boleh dilihat di lain hari.

Notes2email memudahkan kerja saya kerana saya tidak perlu log in ke dalam akaun emel saya. Ia juga mempunyai fungsi encryption sekiranya anda ingin melindungi note yang dihantar dengan kata laluan.

Buang Fail yang x perlu

Berikut merupakan senarai fail yang dicipta oleh malware ni, dan nilai-nilai dalam registry yang harus diubah.

Proses yang harus ditutup:
c2.exe
logon.scr
scvhost.exe
svchost.exe (user)
*JANGAN TERSALAH TUTUP PROSES! Proses svchost.exe yang dimaksudkan di sini berada di bawah user name anda. Jangan tutup proses svchost.exe yang berada di bawah user name SYSTEM, NETWORK SERVICE, atau LOCAL SERVICE.



Fail yang harus dibuang:

[drive letter]:\autorun.inf
[drive letter]:\C2.exe
[system]:\msdtcvvtr.bat
[system]:\scvhost.exe
[system]:\ssms.exe
[system]:\config\svchost.exe
[system]:\dllcache\Winter.html
[system]:\drivers\7879553211.inf
[system]:\drivers\svchost.exe
[system]:\spool\logon.scr
[system]:\User\lsass.exe
[system]:\wbem\fonts.txt
[DesktopCommonDir]\Dirogol abg ipar.html
[StartMenuCommonDir]\Programs\Bende Lawak.txt
[MyDocumentsDir]\Dirogol abg ipar.html
* [system] di dalam Windows XP merujuk kepada C:\Windows\system32
* [DesktopCommonDir] di dalam Windows XP merujuk kepada:
C:\Documents and Settings\All Users\Desktop
* [StartMenuCommonDir] di dalam Windows XP merujuk kepada:
C:\Documents and Settings\All Users\Start Menu
* [MyDocumentsDir] di dalam Windows XP merujuk kepada folder My Documents

Ubah nilai Registry
Bagi membuang / mengubah apa – apa nilai dalam registry, gunakan Registry Editor dengan menaip “regedit” dalam Run.

Nilai registry yang harus dibuang: 
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\
Explorer\Advanced\ShowSuperHidden
Value: String: “0″
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\
Run\Screensaver
Value: String: “C:\WINDOWS\system32\spool\Logon.scr”
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\ShellNoRoam\
MUICache\C:\WINDOWS\system32\attrib.exe
Value: String: “Attribute Utility”
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\
Run\Services
Value: String: “C:\WINDOWS\system32\drivers\svchost.exe”

Nilai registry yang harus diubah: 
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\
Windows\load
Tukar “scvhost.exe” kepada “” (biarkan kosong)
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\
Explorer\Advanced\Hidden
Tukar “0″ kepada “2″
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\
CurrentVersion\ SystemRestore\DisableSR
Tukar “1″ kepada “0″
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\
Explorer\Advanced\Folder\Hidden\NOHIDDEN\CheckedValue
Tukar “0″ kepada “2″
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\
Explorer\Advanced\Folder\Hidden\NOHIDDEN\DefaultValue
Tukar “0″ kepada “2″
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\
Explorer\Advanced\Folder\Hidden\SHOWALL\CheckedValue
Tukar “0″ kepada “1″
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\
Explorer\Advanced\Folder\Hidden\SHOWALL\DefaultValue
Tukar “0″ kepada “2″

Lajukan Startup Windows Dengan Autoruns

Apabila anda install sesuatu perisian di dalam Windows, biasanya perisian ini akan menambah satu entri di dalam startup, bertujuan supaya perisian tersebut akan dilancarkan oleh Windows secara automatik. Apabila entri di dalam startup menjadi terlalu banyak, proses melancarkan Windows akan menjadi semakin lambat.
Bagi pengguna Windows yang berpengalaman, msconfig boleh digunakan untuk membuat tetapan supaya aplikasi – aplikasi ini tidak dilancarkan secara automatik. Walau bagaimanapun, jumlah startup yang dipaparkan oleh msconfig agak terhad.



Autoruns dari Sysinternal dapat memaparkan program apakah yang dilancarkan secara automatik sewaktu Windows baru dihidupkan. Program – program ini termasuklah yang berada di dalam folder startup, dan di dalam registry keys pada Windows. Anda boleh mengosongkan checkbox pada program yang anda tidak ingin lancarkan secara automatik, atau anda boleh membuangnya terus. Autoruns juga boleh digunakan untuk membuang entri – entri startup yang dibuat oleh malware.

Download Autoruns di sini.

Scan Virus Sebelum Masuk Windows Dengan UBCD4Win

Virus di dalam komputer tidak membenarkan pemasangan antivirus. Adakah anda perlu format komputer? Tidak sama sekali! Sebenarnya terdapat 1001 peyelesaian terhadap masalah komputer (;p) tanpa perlu format semula komputer.


Ok, cadangan saya bagi masalah kita ini adalah scan komputer sebelum Windows dimulakan. Mengapa? Kerana sebahagian besar virus hanya berfungsi selepas Windows dimulakan. Bagaimana? Dengan menggunakan bootable CD. Bootable CD bermaksud CD yang boleh dijalankan tanpa memerlukan Windows.


Ultimate Boot CD for Windows
Kali ini saya akan menerangkan cara – cara menggunakan Ultimate Boot CD for Windows, kerana ianya paling senang difahami. Dapatkan UBCD4Win ini di sini (saiznya agak besar, kira – kira 212 MB). Setelah selesai download, buka fail tersebut dan extract ke folder yang anda kehendaki. Setelah siap, buka fail UBCD4WinBuilder.exe untuk membuat fail ISO (yang akan digunakan untuk burn ke dalam CD).
Masukkan CD Windows XP anda dan salin kesemuanya ke dalam komputer anda.
Paparan UBCD4Win PE Builder akan keluar. Pada bahagian Source, tekan butan ‘…’ dan pilih folder yang mengandungi fail Windows XP anda tadi. Pada bahagian Media output pula, pilih ‘Burn to CD/DVD’. Masukkan CD kosong anda (lebih baik jika menggunakan CD-RW) dan tekan pada butang Build. Tunggu sehingga semua proses selesai dan CD UBCD4Win anda akan siap.


Menggunakan UBCD4Win
Masukkan CD UBCD4Win dan restart komputer anda (pastikan boot priority ditetapkan kepada CD-ROM). Apabila skrin menu  biru keluar, pilih ’Launch Ultimate BootCD for Windows’. Apabila ia telah selesai load, klik pada Start > Programs > AntiVirus Tools dan pilih AntiVirus kegemaran anda.



Bagaimana jika saya ingin update anti-virus?
Sebelum proses membina ISO dilakukan, anda boleh terlebih dahulu update antivirus Pergi ke folder \BootCD\UBCD4Win\plugin\AntiVirus. Di sini anda boleh melihat folder-folder AntiVirus yang disediakan. Sebagai contoh, jika anda ingin update AV7PE, masuk ke dalam folder AV7PE dan buka faiol get_update.cmd dan ia akan update antivirus secara automatik. Selepas proses update selesai, anda bolehlah burn semula CD UBCD4Win tersebut.

Domain & Hosting di EXABYTES

Exabytes kini menawarkan promosi pemotongan harga sehingga 52% ke atas pakej-pakej domain dan hosting, bermula dari 15 Ogos 2009 hinggalah ke 14 September 2009.

Namun, pemotongan ini akan berkurang dari hari ke hari. Pada hari ini (24 Ogos), ia telahpun berkurang ke 46%, dan akan terus berkurang sehingga 30% pada 14 September. Jadi jika anda inginkan penjimatan yang besar untuk pakej dari Exabytes, dapatkan domain dan hosting ini dengan segera.

Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan, bergantung kepada ruang storan yang disediakan, serta bandwith bulanan. Terdapat pakej hosting serendah RM 20.28 setahun, sehinggalah ke RM 233.48 setahun, bergantung kepada keperluan anda. Maklumat lanjut boleh didapati daripada laman web Exabytes.

(via JomPHP)

Luahkan Perasaan Dalam 750 Patah Perkataan

Bagi sesetengah orang (termasuk saya), menulis merupakan satu bentuk terapi kerana dapat menghuraikan apa yang terbuku di dalam hati dan minda. Malah, dikatakan bahawa menulis diari dapat membantu perkembangan peribadi seseorang individu.

750 Words adalah sebuah aplikasi web yang dibina untuk tujuan ini. Setiap hari, anda dikehendaki menulis apa sahaja yang terlintas di dalam kepala anda sebanyak 750 patah perkataan.

Konsep ini berbeza daripada blogging kerana anda menulis untuk diri sendiri, jadi anda tidak perlu menapis apa yang ingin diperkatakan.

Yang menariknya, 750 Words dapat memberitahu pelbagai statistik daripada apa yang dituliskan seperti perasaan anda, apa yang anda risaukan, dan perkataan yang selalu digunakan. Statistik ini dikira apabila anda menulis dalam Bahasa Inggeris.


Bagi saya, 750 Words ini adalah cara yang menarik untuk menggalakkan saya menulis setiap hari, seterusnya membantu perjalanan hari-hari saya. Saya akan cuba lihat sejauh mana kesannya nanti.

Layari 750 Words dan amalkan budaya menulis. Kerana ianya melegakan :)

(via Smarterware)

Virus Total

Pernahkah anda berjumpa dengan satu fail yang mencurigakan? Nak buka, takut-takut itu virus pula. Walaupun antivirus anda tidak mengeluarkan sebarang amaran, namun anda tetap ragu-ragu, lebih-lebih lagi jika antivirus anda dah lama tak update.

(klik pada gambar untuk besarkan)

Jika anda mengalami situasi seperti ini, anda boleh gunakan laman web VirusTotal untuk memastikan keselamatan fail tersebut. Dengan VirusTotal, anda boleh hantar sebarang fail, dan VirusTotal akan memeriksa fail tersebut dengan 32 jenis antivirus yang mempunyai update terkini. VirusTotal menggunakan enjin antivirus yang terkemuka, termasuklah NOD32, Kaspersky, dan Norton Antivirus.

(klik pada gambar untuk besarkan)

Cara menggunakan VirusTotal mudah sahaja. Hanya upload fail anda di laman web VirusTotal dan tunggu sehingga proses scanning selesai. VirusTotal kemudiannya akan memaparkan hasil scanning kepada anda. Anda juga boleh install VirusTotal uploader yang akan membolehkan anda right-click mana-mana fail dalam komputer anda untuk dihantar kepada VirusTotal.


Lawati laman web VirusTotal di sini.

Download VirusTotal Uploader di sini.

Tapak Web Perlu Dilawati

5 Laman Web Yang Anda (Sepatutnya) Sudah Tahu

1. Googlewww.google.com
Google merupakan enjin carian paling berkuasa pada masa kini. Adakah anda masih menggunakan Yahoo untuk mencari maklumat? Jika ya, anda memang bermasalah (T_T).

2. Download.comwww.download.com
Sumber software anda. Download.com menyediakan bermacam-macam perisian dari pelbagai kategori yang anda boleh muat turun secara percuma. Tips: jika anda hanya inginkan freeware, pastikan filter ditetapkan kepada free.

3. Diggwww.digg.com; del.icio.ushttp://del.icio.us; StumbleUponwww.stumbleupon.com
Maaf, saya tak dapat pilih antara tiga link ini, kerana semuanya hebat-hebat! Ketahui informasi yang terbaru dan terhangat, pengetahuan am yang berguna, serta laman web yang menarik. Kesemuanya ada dalam ketiga-tiga perkhidmatan ini.

4. Wikipediawww.wikipedia.org
Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan sesuatu perkara, rujuklah pada Wikipedia. Wikipedia adalah ensiklopedia yang paling lengkap dan paling cepat berkembang. Juga merupakan syurga dunia bagi para pelajar, segala jawapan bagi assignment anda ada di sini ^^

5. YouTubewww.youtube.com
Walaupun YouTube bukanlah kegemaran saya, namun tidak dinafikan ianya merupakan laman web yang paling kerap dikunjungi di seluruh dunia. Laman web ini menyediakan video klip percuma untuk ditonton, merangkumi semua topik dari pembelajaran hinggalah kepada lawak jenaka. Ingat, gunakan laman web ini sebaik-baiknya dan ingatlah had dan batas kita sebagai seorang Muslim.

5 Blog Tempatan Kegemaran Juruteknik Malaysia

1. NoktahHitamhttp://www.noktahhitam.com
Kandungan dan rekabentuk, NoktahHitam ada kedua-duanya. Diselang-selikan dengan entri yang kelakar, grafik yang menarik, serta tulisan yang sinis. Tidak lupa juga emotikon yang comel-comel ^^

2. Mohd Ismail (dot) comhttp://www.mohdismail.net/
Setiap entri dipastikan berkualiti, serta diadun dengan gaya bahasa yang menarik. Mungkin juga penulis blog berbahasa melayu paling terkenal ketika ini? Dan oh, jika entri yang ditulis tidak cukup buat anda, sila berbincang di ruangan komentar beliau ;D

3. Ubuntu for Malaysianhttp://melayubuntu.blogspot.com/
Ubuntu for Malaysian adalah rakan seperjuangan SembangKomputer.Com. Bersama-sama berkongsi ilmu komputer dalam Bahasa Melayu demi manfaat bersama. Walaupun saya belum lagi menjadi pengguna Linux, saya pengunjung tetap Ubuntu for Malaysian ^^

4. My Worldhttp://sarahmohdshukor.blogspot.com/
Seorang gadis yang berasal dari Temerloh, Pahang dan kini menuntut di Moscow, Russia. Tulisan yang berilmu, berhikmah, dan menyentuh jiwa. Sudah pastinya menjadi blog yang wajib saya kunjungi setiap hari.
5. Cursing Malayhttp://cursingmalay.blogspot.com/

Sinis. Sarkastik. Pedih. Walaupun pandangan politik saya (dan mungkin, anda) adalah neutral; entri-entri yang dibuat mengenai masyarakat melayu dan wanita melayu memang mengena.

6. AisyahRozihttp://aisyahrozi.com
Ops, nampaknya kuota dah cukup lima. Namun AisyahRozi mendapat anugerah khas kerana design blog yang amat cantik! Pandangan pertama adalah penting, dan blog AisyahRozi berjaya memukau saya dengan rekabentuk yang amat comel itu.

Ok, tag siap! Kini tugas saya untuk meghulurkan tag ini kepada mangsa-mangsa yang tak bersalah. Dan Deen, melayubuntu, HE, Ecah Koop, dan keraknasi; anda adalah insan yang bertuah.

Buat Favicon (Pic tepi URL) di blogspot@Web

Perasaan tak ikon kecil di sebelah URL SembangKomputer.Com? Ikon ini dipanggil sebagai Favicon. Favicon ini adalah ibarat identiti bagi sesebuah laman web. Ia akan mucul di sebelah URL, di bahagian tab, dan juga pda Bookmark. Genfavicon boleh membantu anda membuat Favicon anda sendiri dengan mudah. Anda cuma perlu upload imej, tetapkan saiz, dan Genfavicon akan menghasilkan fail favicon.ico untuk anda.
Untuk meletakkan Favicon ini pada laman web, upload favicon.ico pada folder induk laman web anda (biasanya public_html) dan sertakan kod ini pada header laman web:
<link href=’/favicon.ico’ rel=’shortcut icon’/>
[Via CreativeTech Tips]

Yahoo Mesengger Kena Blog?Gunakan Altenatif Lain..

Di sesetengah tempat (terutamanya di pejabat kerajaan), Yahoo Messenger di-block daripada digunakan. Ini menyebabkan klien multi-IM berdasarkan desktop seperti Miranda IM dan Digsby juga turut dihalang daripada log in ke dalam akaun Yahoo Messenger.
Dalam keadaan seperti inilah saya akan menggunakan klien multi-IM yang berdasarkan web, kerana ia dapat log-in ke dalam apa-apa jenis IM tanpa sebarang masalah. Ia juga mudah diakses dan tidak memerlukan sebarang proses install. Klien multi-IM berdasarkan web ini termasuklah imo.im, Meebo, dan eBuddy:



  1. Antaramuka yang sangat ringkas dan kemas.
  2. Fungsi link accounts untuk mengingat kesemua akaun IM anda, tanpa perlu register apa-apa akaun lain di imo.im.
  3. Mempunyai fungsi untuk menghantar fail, video chat, serta chat.
  4. IM yang disokong termasuklah MSN, Yahoo, ICQ, Google Talk, MySpace, Skype, dan Facebook.
  5. imo.im juga mempunyai klien desktop yang boleh anda download sekiranya anda tidak mahu menggunakan browser.


  1. Antaramuka yang sedikit lambat.
  2. Mempunyai fungsi group chat.
  3. Boleh mengingati kesemua akaun IM anda, namun anda harus mempunyai satu akaun Meebo terlebih dahulu.
  4. Boleh menyimpan log perbualan anda serta boleh menghantar fail. Memerlukan akaun Meebo.
  5. Segala perubahan pada Settings juga memerlukan anda mendaftar akaun Meebo terlebih dahulu.
  6. IM yang disokong termasuklah MSN, Yahoo, ICQ, Google Talk, MySpace, Skype, Facebook, dan banyak lagi.
  7. Meebo menyediakan pelbagai fungsi dan aplikasi yang lain, namun saya fikir ianya terlalu banyak (dan agak berat) untuk keperluan saya.


  1. Antaramuka yang agak berat dan lambat.
  2. Tetingkap perbualan adalah disusun secara tab, dan bukan secara tiles seperti imo.im dan Meebo.
  3. Boleh mengingati kesemua akaun IM anda, namun anda harus mempunyai satu akaun eBuddy terlebih dahulu.
  4. Mempunyai fungsi video chat (memerlukan akaun eBuddy) dan group chat.
  5. IM yang disokong termasuklah MSN, Yahoo, ICQ, Google Talk, MySpace, Skype, dan Facebook.
  6. Apabila anda menggunakan eBuddy, rakan-rakan anda akan melihat ikon eBuddy sebagai avatar anda.
  7. Meskipun fungsi eBuddy lebih terhad berbanding Meebo, namun ianya lebih berat dan lambat untuk digunakan.
Daripada tiga servis di atas, saya paling menyukai imo.im kerana ia sangat ringkas, pantas, dan mudah digunakan. Sesuai sebagai pengganti sementara bagi klien IM saya.

Hantar SMS Percuma dengan Chawt

Dengan Chawt, anda boleh hantar SMS kepada mana-mana nombor, secara percuma! Anda hanya perlu daftar menggunakan nombor telefon bimbit anda, dan aktifkan dengan kod yang diberi. Kini anda boleh mula menghantar SMS terus dari pelayar web anda.


Setiap SMS yang dihantar akan disertakan dengan iklan pendek dari Chawt. Namun, SMS percuma ini ada hadnya. Anda hanya boleh hantar tidak lebih dari 15 SMS sehari. Gunakanlah ia sewaktu kecemasan ;)
[Dari HongKiat]

Tukar Tulisan Jawi Kepada Tulisan Rumi

Ejawi.net adalah laman web yang dapat menukarkan tulisan rumi kepada tulisan jawi. Anda hanya perlu taipkan ayat pada ruang yang disediakan, dan tekan butang Convert. Tulisan jawi akan dipaparkan, dan anda boleh salin teks tersebut seperti biasa.

Untuk melihat tetapan yang lebih spesifik, semak bahagian “Tips and Techniques Ejawi Conversion”. Contohnya, jika anda ingin memasukkan perkataan yang berasal dari Arab seperti Abdul Rahim, ianya hendaklah digabungkan menjadi Abdulrahim.
Anda juga boleh download perisian ini untuk digunakan dalam komputer anda.
Laman web: Ejawi.net

Sabtu, 20 Mac 2010

teluk batik lagi....

bosannye asyik g teluk batik je...xde tmpt len ker...mcm biasa ramai owg kali nie jln2 je xsempat g lumut beli sotong kering huhuhu...

Rabu, 17 Mac 2010

adus.....

penin betul kepala aku pagi tadi kat ofis mcm2 aku wat rehat pn jap je...knp r aku ni rajin sgt

Ahad, 14 Mac 2010

Nasi Lemak Kukus


                   Bahan-bahan ( 4 @ 5 org )

5 cawan beras 2 biji pati santan 3 helai daun pandan Garam secukup rasa

                            Cara-cara

    1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.
    2. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
    3. Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

    Ikan Bawal Sweet n Sour


     

                      Bahan-bahan ( 3-4 org makan ) 

    1 ekor ikan bawal dilumur garam n kunyit @ garam n tepung jagung
    3 biji bawang merah-ditumbuk
    1 ulas bawang putih-ditumbuk  
    1 in halia-dihiris panjang2  
    1 biji tomato-dipotong dadu  
    1/2 biji cili capsicum-dipotong dadu  
    1/2 biji bawang besar-dipotong dadu  
    2 sudu besar sos tomato  
    2 sudu besar sos cili
    1/2 lobak merah-dipotong dadu 
    1/3 timun-dipotong dadu sedikit bunga kobis sedikit nenas-dipotong dadu sedikit garam dan gula secukup rasa

                                   Cara-cara

      1. Ikan yg dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan.
      2. Tumis bawang yg ditumbuk, halia dan bawang besar.
      3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato, cili capsicum dan sayuran lain. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
      4. Biar mendidih, masukkan garam dan gula. Angkat dan tuang atas ikan yg digoreng tadi

      Asam Pedas


       

                      Bahan-bahan

      3 keping ikan tenggiri (ikan lain pn boleh)
      Bahan kisar:-
      3 biji bawang merah
      10biji cili kering
      1/2 in halia
      1 sudu teh jintan manis
      1 sudu teh jintan putih
      1/4 sudu teh lada hitam
      1/2 in kunyit hidup
      2 ulas bawang putih
      Bahan tumis:-
      @ 1/2 bawang besar-hiris
      @ 1/4 sudu teh biji sawi
      @ 1/4 sudu teh halba
      @ 2 tangkai daun kari
      air asam jawa secukupnya
      air secukupnya
      1 biji tomato-potong2
      5 biji kacang bendi
      1 serai-diketuk
      1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
      minyak masak
      garam dan gula jika suka
                   
                     Cara - cara
      1. panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
      2. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
      3. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.

      Kari Kepala Ikan



      Bahan-bahan:

      300 gm kepala ikan
      100 ml minyak masak
      Garam secukup rasa

      Bahan Kisar:

      50 gm cili kering
      150 gm bawang merah
      50 gm serai

      Bahan Pes:

      200 gm serbuk kari ikan
      20 gm biji sawi
      40 ml air
      60 gm bawang besar -dihiris
      2 tangkai daun kari
      200 ml santan kelapa pekat
      2 biji terung bulat
      2 biji tomato

      Cara Membuat:

      1. Panaskan kuali.
      2. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau, masukkan pes kari dan biji sawi dan caau supaya pes tidak melekat
      3. Masukkan bawang besar, air asam jawa dan biar mendidih. Kemudian masukkan kepala ikan, santan, terung dan tomato. Biarkan mendidih sehingga pekat.

      Kailan Ikan Masin


      Bahan2
      50 gm baby kailan 2 ulas bwg putih } tumbuk
      1 bj bwg besar } hiris

      1 tbsp isi ikan tenggiri masin
      1 tbsp sos tiram
      1 tsp kicap sotong
      garam secukup rasa sedikit minyak

      Cara penyediaan
      1. Tumis bwg putih hingga naik bau.
      2. Masukkan isi ikan tenggiri. Goreng.
      3. Masukkan kailan, sos tiram dan sos sotong.
      4. Gaul rata hingga kailan lembut.
      5. Masukkan garam dan bwg besar hiris. Gaul. 6. Rasa. Hidang.

      Ayam Masak Merah


      Bahan2
      8 potong ayam (perap dgn sedikit kunyit dan garam)
      4 tbsp cili kisar
      100 gm tomato puri
      2 bj bwg merah besar - dikisar
      1 bj bwg besar - dihiris bulat
      2 btg serai - diketuk
      3 kuntum bunga cengkih
      3 btg kulit kayu manis
      garam dan gula secukup rasa
      minyak masak secukupnya

      Cara penyediaan
      1. Panaskan minyak. Goreng ayam yang diperap tadi sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
      2. Tumiskan bwg hingga naik bau.
      3. Masukkan kulit kayu manis, serai dan cengkih. Kacau hingga harum.
      4. Masukkan pula cili kisar dan tomato puri. Goreng hingga naik minyak.
      5. Rasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
      6. Kemudian masukkan ayam goreng tadi dan gaul sekejap hingga rata.
      7. Akhir sekali masukkan hirisan bwg dan kacang peas.

      Kerabu Kacang Botol...


      Bahan2
      10 biji kacang botol - dipotong nipis 2 biji cili merah - hiris halus
      1 batang bunga kantan - hiris halus
      1 bj bawang besar (saiz sedang) - hiris halus
      1 biji buah tomato - hiris halus
      2 tbsp sambal belacan
      1 biji limau nipis - ambil air

      2 tbsp ikan bilis - digoreng
      gula dan garam secukup rasa

      Cara penyedian
      1. Potong kacang botol nipis-nipis.
      2. Campurkan dengan cili merah, bunga kantan, bwg, buah tomato, sambal belacan, ikan bilis, air limau nipis. Gaul rata.
      3. Masukkan gula dan garam. Gaul rata.
      4. Rasa. Hidang.

      Resepi Spaghetti Pedas...


      Bhn2
      Bwng besar potong dadu
      Mince meat
      Carrot
      Cendawan
      Tomato puree
      Prego Bolognese
      Oregano
      Spaghetti
      Cara2 memasak
      1.       Panaskan periuk. Isi minyak. Tumis bwng
      2.       Masukkan mince meat. Tunggu sehingga masak. Da x warna merah kira masakla tuh.
      3.       Ltk prego Bolognese dgn tomato puree. Puree tuh jgn byk sgt nnti masam. Ikut citarasa la.
      4.       Letak sedikit air.
      5.       Letak garam and gula secukup rasa.
      6.       Letak carrot dan cendawan. Nk letak pepper pun bole [yg ad mcm2 colour tuh,kasi cntek]
      7.       Letakla oregano.
      8.       Tunggu sehingga masak. Dah siapla~
      9.       Spaghetti tuh rebus je. Jgn lupa tarok mnyk n grm sdkt dlm air 

      Ahad, 7 Mac 2010

      2-4 mac

      salam....
      diaryku dah lama xconteng dalam cacatan diariku.....sibuk sangat baru2 nie aku baru abis berkursus di BTPNS dekat Shah Alam....seksyen 19, tajuk kursus 2 pengenalan organisasi btpns & pkg.....

      "f@m!Ly D@Y dekat teluk batik........