Rabu, 24 Mac 2010

Tapak Web Perlu Dilawati

5 Laman Web Yang Anda (Sepatutnya) Sudah Tahu

1. Googlewww.google.com
Google merupakan enjin carian paling berkuasa pada masa kini. Adakah anda masih menggunakan Yahoo untuk mencari maklumat? Jika ya, anda memang bermasalah (T_T).

2. Download.comwww.download.com
Sumber software anda. Download.com menyediakan bermacam-macam perisian dari pelbagai kategori yang anda boleh muat turun secara percuma. Tips: jika anda hanya inginkan freeware, pastikan filter ditetapkan kepada free.

3. Diggwww.digg.com; del.icio.ushttp://del.icio.us; StumbleUponwww.stumbleupon.com
Maaf, saya tak dapat pilih antara tiga link ini, kerana semuanya hebat-hebat! Ketahui informasi yang terbaru dan terhangat, pengetahuan am yang berguna, serta laman web yang menarik. Kesemuanya ada dalam ketiga-tiga perkhidmatan ini.

4. Wikipediawww.wikipedia.org
Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan sesuatu perkara, rujuklah pada Wikipedia. Wikipedia adalah ensiklopedia yang paling lengkap dan paling cepat berkembang. Juga merupakan syurga dunia bagi para pelajar, segala jawapan bagi assignment anda ada di sini ^^

5. YouTubewww.youtube.com
Walaupun YouTube bukanlah kegemaran saya, namun tidak dinafikan ianya merupakan laman web yang paling kerap dikunjungi di seluruh dunia. Laman web ini menyediakan video klip percuma untuk ditonton, merangkumi semua topik dari pembelajaran hinggalah kepada lawak jenaka. Ingat, gunakan laman web ini sebaik-baiknya dan ingatlah had dan batas kita sebagai seorang Muslim.

5 Blog Tempatan Kegemaran Juruteknik Malaysia

1. NoktahHitamhttp://www.noktahhitam.com
Kandungan dan rekabentuk, NoktahHitam ada kedua-duanya. Diselang-selikan dengan entri yang kelakar, grafik yang menarik, serta tulisan yang sinis. Tidak lupa juga emotikon yang comel-comel ^^

2. Mohd Ismail (dot) comhttp://www.mohdismail.net/
Setiap entri dipastikan berkualiti, serta diadun dengan gaya bahasa yang menarik. Mungkin juga penulis blog berbahasa melayu paling terkenal ketika ini? Dan oh, jika entri yang ditulis tidak cukup buat anda, sila berbincang di ruangan komentar beliau ;D

3. Ubuntu for Malaysianhttp://melayubuntu.blogspot.com/
Ubuntu for Malaysian adalah rakan seperjuangan SembangKomputer.Com. Bersama-sama berkongsi ilmu komputer dalam Bahasa Melayu demi manfaat bersama. Walaupun saya belum lagi menjadi pengguna Linux, saya pengunjung tetap Ubuntu for Malaysian ^^

4. My Worldhttp://sarahmohdshukor.blogspot.com/
Seorang gadis yang berasal dari Temerloh, Pahang dan kini menuntut di Moscow, Russia. Tulisan yang berilmu, berhikmah, dan menyentuh jiwa. Sudah pastinya menjadi blog yang wajib saya kunjungi setiap hari.
5. Cursing Malayhttp://cursingmalay.blogspot.com/

Sinis. Sarkastik. Pedih. Walaupun pandangan politik saya (dan mungkin, anda) adalah neutral; entri-entri yang dibuat mengenai masyarakat melayu dan wanita melayu memang mengena.

6. AisyahRozihttp://aisyahrozi.com
Ops, nampaknya kuota dah cukup lima. Namun AisyahRozi mendapat anugerah khas kerana design blog yang amat cantik! Pandangan pertama adalah penting, dan blog AisyahRozi berjaya memukau saya dengan rekabentuk yang amat comel itu.

Ok, tag siap! Kini tugas saya untuk meghulurkan tag ini kepada mangsa-mangsa yang tak bersalah. Dan Deen, melayubuntu, HE, Ecah Koop, dan keraknasi; anda adalah insan yang bertuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan