Rabu, 24 Mac 2010

Scan Virus Sebelum Masuk Windows Dengan UBCD4Win

Virus di dalam komputer tidak membenarkan pemasangan antivirus. Adakah anda perlu format komputer? Tidak sama sekali! Sebenarnya terdapat 1001 peyelesaian terhadap masalah komputer (;p) tanpa perlu format semula komputer.


Ok, cadangan saya bagi masalah kita ini adalah scan komputer sebelum Windows dimulakan. Mengapa? Kerana sebahagian besar virus hanya berfungsi selepas Windows dimulakan. Bagaimana? Dengan menggunakan bootable CD. Bootable CD bermaksud CD yang boleh dijalankan tanpa memerlukan Windows.


Ultimate Boot CD for Windows
Kali ini saya akan menerangkan cara – cara menggunakan Ultimate Boot CD for Windows, kerana ianya paling senang difahami. Dapatkan UBCD4Win ini di sini (saiznya agak besar, kira – kira 212 MB). Setelah selesai download, buka fail tersebut dan extract ke folder yang anda kehendaki. Setelah siap, buka fail UBCD4WinBuilder.exe untuk membuat fail ISO (yang akan digunakan untuk burn ke dalam CD).
Masukkan CD Windows XP anda dan salin kesemuanya ke dalam komputer anda.
Paparan UBCD4Win PE Builder akan keluar. Pada bahagian Source, tekan butan ‘…’ dan pilih folder yang mengandungi fail Windows XP anda tadi. Pada bahagian Media output pula, pilih ‘Burn to CD/DVD’. Masukkan CD kosong anda (lebih baik jika menggunakan CD-RW) dan tekan pada butang Build. Tunggu sehingga semua proses selesai dan CD UBCD4Win anda akan siap.


Menggunakan UBCD4Win
Masukkan CD UBCD4Win dan restart komputer anda (pastikan boot priority ditetapkan kepada CD-ROM). Apabila skrin menu  biru keluar, pilih ’Launch Ultimate BootCD for Windows’. Apabila ia telah selesai load, klik pada Start > Programs > AntiVirus Tools dan pilih AntiVirus kegemaran anda.



Bagaimana jika saya ingin update anti-virus?
Sebelum proses membina ISO dilakukan, anda boleh terlebih dahulu update antivirus Pergi ke folder \BootCD\UBCD4Win\plugin\AntiVirus. Di sini anda boleh melihat folder-folder AntiVirus yang disediakan. Sebagai contoh, jika anda ingin update AV7PE, masuk ke dalam folder AV7PE dan buka faiol get_update.cmd dan ia akan update antivirus secara automatik. Selepas proses update selesai, anda bolehlah burn semula CD UBCD4Win tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan